Sunday 31 December 2017

D’Bayan Fruits Garden

Berita baik untuk semua penjawat awam! Peluang anda memiliki rumah yang diimpikan akan menjadi kenyataan!

Pemaju Visa Suria Holding Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri akan melancarkan Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia PPA1M yang dikenali sebagai D’Bayan Fruits Garden. Ia adalah satu inisiatif Kerajaan menyediakan rumah mampu milik kepada kakitangan penjawat awam dengan memberikan subsidi sebanyak RM60,000 bagi setiap unit rumah. Pihak pemaju juga telah memberikan diskaun sebanyak RM20,000 bagi setiap unit rumah yang dibeli. Harga pasaran bagi rumah yang dijual adalah RM368,000 dan kini telah menjadi RM288,000. Tawaran ini tidak terhad kepada penjawat awam yang menetap di daerah Tawau sahaja bahkan semua penjawat awam serta pesara Kerajaan yang berada di daerah yang lain boleh mengemukakan permohonan. Terdapat 203 unit sahaja yang bakal dijual dan ianya sangat terhad. Oleh itu jangan tunggu lagi daftar dan tempah sekarang!

Pada tanggal 13hb dan 14hb Januari 2018 bermula dari jam 9 pagi sehingga 5 petang bertempat di Institut Memandu Cemerlang Jalan Damai, pihak pemaju akan menganjurkan Hari Pendaftran. Semua penjawat awam dijemput untuk hadir bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai projek ini serta membuat pendaftaran seterusnya menempah unit yang anda impikan. Makanan dan minuman serta persembahan disediakan bagi menghibur para tetamu yang datang. Permohonan yang berjaya akan berpeluang menyertai cabutan bertuah bagi memenangi sebuah Iphone X, Sony TV 55’ dan Sony TV 42’.

D’Bayan Fruits Garden adalah sebuah rumah teres satu tingkat yang dibina di Batu 8 Jalan Apas Tawau dan ianya mudah diakses oleh pengangkutan awam disamping bersebelahan dengan lebuhraya PanBorneo yang bakal dibina kelak. Ia adalah taman perumahan pertama di Malaysia berkonsepkan lanskap taman buah-buahan tempatan yang boleh dikongsi bersama oleh setiap penduduk apabila tiba musim buah. Selain itu, ciri-ciri keselamatan juga di titik beratkan melalui konsep berpengawal dan berpagar beserta dengan kawalan CCTV 24 jam bagi mewujudkan suasana yang aman dan selamat. Rumah yang dibina akan mempunyai keluasan binaan 1,200 kaki persegi manakala keluasan lot adalah bermula dari 2,000 sehingga 4,000 kaki persegi. Rumah bereka bentuk moden ini dilengkapi dengan 3 bilik tidur, 2 bilik mandi serta 2 jenis dapur kering dan basah. Pembinaan akan mengambil masa 2 tahun untuk siap.

Penduduk adalah terdiri daripada polis, tentera, guru, kakitangan perubatan, dan lain-lain. Oleh itu ini pasti menjadi rumah yang aman dan ideal untuk anda sekeluarga. Jangan teragak-agak untuk mendapatkan maklumat lanjut di Institut Memandu Cemerlang Jalan Damai pada Hari Pendaftaran tanggal 13hb dan 14hb Januari 2018 nanti!

D’Bayan Fruits Garden menyediakan pelbagai kemudahan seperti:-
1) Trek senaman
2) Rumah yang luas dan selesa
3) Siling ruang tamu tinggi
4) Reka bentuk moden
5) Konsep taman buah-buahan
6) Pengangkutan yang mudah
7) Persekitaran yang nyaman
8) Berpengawal dan berpagar dengan kawalan CCTV 24 jam
9) 2 poin mandian air panas
10) 4 poin penghawa dingin

HARI PENDAFTARAN
D’Bayan Fruits Garden
VISA Suria Holding Sdn Bhd
Tarikh  : 13hb dan 14hb Januari 2018
Masa   : 9 pagi - 5 petang
Alamat : Institut Memandu Cemerlang,
              TB 15678 Jalan Damai,
              P. O. Box 61532,
              91025 Tawau, Sabah.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi: 
011-6222 7777 / 011-6222 9999












No comments:

Post a Comment

金都新年发财捞生宴

金都新年发财捞生宴 2019年2月1日至 2月 28日 11am-1.30pm / 6.30pm-9.30pm 农历新年快到了,除了买年货、添新衣、逗红包及看舞狮外,那就是一家人“齐齐整整”在春节吃一顿团圆饭,意义就是凝聚一家人的力量。 团圆饭是...